ZFX Thailand Wiki EXPO Berjaya di Bangkok!
Pada 24 November 2019, WikiEXPO telah berjaya berkumpul di Marriott Marquis Queen’s Park Hotel di Bangkok, Thailand. Dengan lebih daripada 2,000 hadirin, lebih dari 30 broker forex dan 30 jurucakap-jurucakap utama industri forex yang terkenal, acara ini telah berjaya. Dengan pengaruhnya yang terus meningkat, ZFX bercita-cita untuk bekerjasama dengan para pelabur dan profesional forex untuk mewujudkan persekitaran pelaburan forex yang lebih selamat.
ZFX dijemput sebagai salah satu jurupamer utama WikiEXPO. WikiExpo pada asalnya dijadualkan dibuka pada pukul 9:30 pagi, tetapi kerana para pelabur begitu bersemangat dan tiba lebih awal ke tempat tersebut, kami memutuskan untuk memulakan pendaftaran lebih awal pada sekitar 8 pagi. Kami mempunyai ramai pelabur yang datang dari pelbagai tempat di seluruh dunia untuk mengambil bahagian dalam WikiEXPO. Sebagai salah satu pameran utama, ZFX telah membuat persiapan yang cukup untuk acara pembukaan. Kami memperlihatkan kepada semua pelabur dengan imej baru dan tonggak kejayaan yang akan datang untuk menunjukkan bahawa kami sentiasa fokus untuk berada di barisan hadapan industri.
CTO ZFX Encik Stanislav Efremov menyampaikan ucapan tentang “Bagaimana memilih antara broker dan platform pertukaran asing yang berbeza”, ketika WikiEXPO tersebut.
/Ucapan Encik Stanislav Efremov/
Encik Stanislav Efremov juga mengadakan perbincangan meja bulat secara langsung dengan majoriti pelabur. Pada perbincangan meja bulat tersebut, Encik Stanislav Efremov secara ringkasnya memperkenalkan profil korporat semasa ZFX, pejabat-pejabat global kami dan juga rancangan pembangunan di pasaran Thailand.
/Perbincangan meja bulat M.R.Stanislav Efremov /
Di WikiEXPO, kami merasakan semangat yang tinggi dari semua pelabur yang mengambil bahagian pada hari itu. Oleh kerana ZFX masi baru di pasaran Thailand, untuk memeriahkan suasananya, ZFX melaksanakan sesi cabutan bertuah pada hari itu.
/Cabutan Bertuah ZFX /
Sebagai hadiah cabutan bertuah, yang kami ada Iphone11, Apple Watch dan Airpods, kami sangat kagum dengan semangat tinggi dari semua pelabur
/Encik Stanislav Efremov dan para pemenang/
Kumpulan syarikat Zeal (secara kolektif Zeal Group) adalah portfolio perniagaan yang terdiri daripada institusi kewangan yang dikawal selia (diperdagangkan sebagai ZFX) dan syarikat fintech yang mengkhususkan dalam penyelesaian kecairan pelbagai aset di pasaran terkawal yang disokong oleh teknologi proprietari, dengan kehadiran di lokasi-lokasi global utama.
Diasaskan oleh sekumpulan pedagang veteran dengan pengalaman selama berpuluh tahun dalam industri yang bukan sahaja berkongsi penghargaan atas kerumitan yang dihadapi oleh dunia perdagangan kewangan tetapi juga mempunyai kepakaran dan komitmen untuk berubah, Zeal mempunyai sebab-sebab eksistensial yang mendalam dan telah menetapkan matlamatnya untuk memberikan perkhidmatan perdagangan pelbagai aset peringkat seterusnya kepada para pelabur runcit dan institusi.
Dengan tidak mengambil risiko pasaran secara aktif, ZFX secara konsisten menumpukan untuk mendapatkan harga-harga terbaik di pasaran institusi menggunakan teknologi canggih dan memberikan perkhidmatan perdagangan berkelas terbaik untuk memastikan hasil setiap perdagangan yang dilaksanakan di Zeal adalah hasil yang ditentukan oleh pasaran. Ketelusan dalam harga memastikan yang Zeal diberi imbahan terutamanya untuk perkhidmatan pembrokeran melalui markup.
ZFX berharap dapat memenuhi falsafah perniagaan ZFX, mengembangkan pasaran Thailand dan menyediakan platform dan perkhidmatan perdagangan berkelas pertama yang hebat untuk para pelabur kami di Thailand.
Sorotan Acara